Playlist

Thursday 5 November 2015

Fieldwork to Kuantan; AGAIN

Welcome to Taman Agroteknologi, MARDI Cherating

Sem ni pun fieldwork di Kuantan, sama macam sem 1 first year dulu.
3 hari 2 malam, 23-25hb Oktober 2015.
Tinggal kt hotel yang sama, TAPI hotel tu dah upgrade compared to the last time I went there.
Dulu xde astro, sekarang dah ada. Dulu tak ada wifi, sekarang dah ade bruh.

Bilik memang kaw-kaw selesa. Ada air panas, aircond, bla bla bla.
Ok tu cerita bosan. Huhu.

Fieldwork kali ni, kami pergi MARDI Cherating; untuk tengok jenis-jenis tanah yang ada. Nak tengok tanah bukan senang. Bukan main sauk-sauk je. Kena gali tanah, baru dapat tengok 'Soil Horizon'. Nak describe pasal tanah, tapi panjang cerita dia so next post, maybe?

My lecturer, Prof. Sahibin.
 Satu hari tu duk berjalan sambil tengok tanah. Penat memang kaw-kaw, tak sabar aje nk balik hotel. Seronok juga ada pengalaman duduk tepi jalan gali tanah. Orang lalu-lalang memang pandang pelik je kat kitorang, like apahal la budak-budak ni duk menggali dari tadi. Hohoho.
Admit it, semua pun first time angkat cangkul hari tu. Ahaks!

Life as environmentalist is awesome, believe me.
Buat benda pelik-pelik yang orang tak buat, tapi kita tahu lebih sikit berbanding dengan orang biasa. Hew hew hew...

Sebelum terlupa, nak share sikit gambar masa otw ke MARDI.
Bas kitorang lalu area yang ada lori-lori bauksit. Kawasan tu warna merah.
Tanah, jalan, divider, semua merah & berdebu.
Turun dari bas, tengok badan bas dah warna merah.
Pada aku, masalah ni agak serius. Ok, I'm not qualified to talk about this tapi kesan-kesan pada kawasan sekeliling nampak jelas sangat. Takkan nak tutup mata je?

Tadaaaa. Baru lalu kawasan lori tu, dah merah mcm ni.
Bayangkan kalau hari-hari duk sedut debu merah ni.

Finally, here's some pictures yang sempat tangkap sepanjang fieldwork.
I'm still improving my photographing skills. Need adjustment lagi.

Hasil gali tanah yang pertama (1 meter)

Sungai dia cantik! Rasa nak terjun mandi :3


Meet my classmate, Fazahar Md Noor.



Kambing MARDI, pemalu sangat.
Nampak kamera terus berebut masuk kandang.


Model of the day, Tim Matheson and Raihan Adnan

Thursday 10 September 2015

New Semester

Officially second year student in UKM. (uhuk uhuk)
New room, new roomies, same college.
So junior sebilik ni budak Sains Kimia, panggil Min.

Start second year memang agak exciting juga. Kelas pun dah lain, macam makin crowded je jadual aku, tapi ok la. At least aku taklah merewang buang masa ye tak? Ihiks.

Banyak benda dah lain sikit start second year ni. Bukan bilik je berubah. Rasa macam diri sendiri pun dah berubah sikit. Kut la...

Nak cerita pun tak banyak. So... to be continued la ok? :D

Tata Titi Tutu~~

Wednesday 6 May 2015

Matriculation!

Hey guys!
Seperti yang diketahui, those yang habis SPM tahun lepas dah dapat both result Matrikulasi and UPU.
Congratulations adik-adik yang dapat tawaran, tak kira sama ada matrikulasi, kolej atau universiti; asasi or diploma.
Kepada yang tak berjaya, it's ok banyak lagi peluang dalam hidup.

You're still young.
Grab everything, every possible experience that you could.
Still banyak perkara yang actually worth fighting for. :)

Ok fokus untuk blog hari ni sebenarnya lebih kepada peristiwa yang adik aku tgh hadap.
Dia pun baru dapat tawaran; both matrikulasi dan UPU.
Ye, adik aku adalah sangat bijak bestari, tak macam Along dia ni.
Haha... xD

Tawaran yang dia dapat;
Kolej Matrikulasi Selangor dan Asasi UKM.
Phewww...

Dia ada mintak nasihat pada aku yang makan garam pun tak berapa banyak lagi, just pengalaman di IPT tu ada.
So aku sebagai kakak sebenarnya confuse juga nak jawab apa.
Sebab kalau ikut ego aku sebagai kakak, aku nak dia masuk UKM; actually aku and adik aku ni memang rapat gila2.
Tapi kalau untuk kebaikan dia, aku prefer matrikulasi, degree nanti baru daftar UKM kalau dia nak. :D

Nak tahu kenapa Matrikulasi?
Haa meh dengar pengalaman dari alumni Kolej Matrikulasi Selangor sendiri (aku lah tu xD)

Matrikulasi pada aku like half school, half university.
Diploma and asasi, korang memang kat universiti dah. xD

Untuk adik-adik yang selama ni sekolah harian je; tak pernah pergi boarding school, akak cadangkan korang pilih matrikulasi.

Dekat matrikulasi, korang akan slowly belajar serba sedikit macam mana kehidupan korang sebagai mahasiswa mahasiswi IPT.
Dan masa belajar pun singkat, setahun je, paling lama dua tahun untuk PDT.

Paling penting, kita boleh latih diri kita daripada terkena kejutan budaya.
Seriously adik2, korang jangan pandang rendah dengan kejutan budaya. Huhuhu...
Kejutan budaya ni sangat hebat effect dia.

Secara peribadi, hidup akak di Kolej Matrikulasi Selangor adalah sangat berbahagia.
Super-duper bahagia.
Kat sana juga akak jumpa true friends dan akak jumpa love juga kat sana (jangan tiru aksi ini).

Dalam matrikulasi ada 3 major courses; Program Sains Setahun (PST), Program Sains Dua Tahun (PDT), dan perakaunan.
Akak dulu PDT, batch 2012/2014.

Hidup kat sana adalah sangat teratur, pensyarah yang bagus macam kawan2 dengan kita, dewan kuliah yang sejuk ada aircond, dan kawan2 yang awesome.
Masa duit elaun masuk, ramai orang beratur kat ATM.
Sebulan sekali sekurang-kurangnya baru dapat makanan yang sedap2. Hihi...

Ada 5 kolej kediaman dalam KMS.
Blok perempuan: Blok Mira, Polaris, Vega.
Blog lelaki: Canopus dan Capella
Dulu akak tinggal di blok Mira.

Then, di matrikulasi dulu ada aktiviti movie night.
Hujung minggu; Jumaat Sabtu kitorang sleepover dekat bilik kawan then tengok movie ramai2.
Kalau yang jenis gamers atau otaku tu pun, korang akan jumpa ramai geng yang sekepala.

Petang2 je ramai students yang turun bersukan di kawasan astaka.
Meriah sangat petang2 di KMS.
Ada yang joging, main bola tampar, bola sepak, tenis, macam2 sukan lagi lah. :D

Kalau rajin sikit, boleh pergi outing di pekan Banting beli barang di Econsave atau The Store (TS Banting).
Kalau rasa nak joli tengok wayang, pergi AEON Bukit Tinggi; ni tempat famous dlm kalangan pelajar KMS, especially lepas dapat baucar buku + elaun.

Paling penting, matrikulasi dah mengajar akak tentang hidup dan macam2 pengalaman yang takkan akak dan kawan2 akak lupa seumur hidup.
It is he best damn place in our lives.

Maybe korang akan fikir hidup semasa di matrik tu adalah sangat2 menyeksakan.
Tutor banyak, lecture lagi, lab report lagi.
Tapi once korang dah habis, maybe korang berharap untuk masuk dan ulang hidup korang kat sana, buat perkara yang korang tak sempat buat. :)

Tu jelah serba sedikit pasal matrikulasi yang akak boleh share.
Akak tak boleh cerita pasal asasi and diploma sebab akak tak ada pengalaman tu.
Huhu... Maaf kalau ada terkurang terlebih.

My last words untuk blog hari ni:
All the best untuk semua yang bakal menyambung pelajaran nanti.
May Allah ease, in sha Allah...

Ps: kat bawah semua gambar zaman muda. Hoho...

My roommates in 2012/2013. Blok Mira, bilik T1.14

Centre of KMS: Dataran Kosmik

Yang belakang tu Makmal Sains

Yang kt sebelah tu Ain Natrah yang masih muda xD


Tuesday 28 April 2015

Dinner Kelab Sains Sekitaran (Kesas) UKM 2014/2015

Done our dinner hari Sabtu lepas.
One of the best dinner yang aku pernah datang.
First time datang dinner sejak jadi mahasiswi UKM.
Serius aku enjoy sangat2 malam tu.

Lagi seronok bila aku dah ade DSLR!
Pusing2 snap gambar cantik2 untuk buat kenangan.
Then ada pula Fifah, Zahar, Shira dan lain2 boleh jadi pembantu jurugambar aku. Hihi...
Rajin diorang snap. Banyak gambar dalam kamera.
Thanks sebab tolong snap every possible moments malam tu.
Serius aku appreciate and aku happy sangat. :D

Budak2 kelas aku memang sporting sebenarnya kalau diberi peluang.
Takkan asyik nak serius study je memanjang, ye tak?

So meh aku share gambar sikit.
Saja suka2 buat tatapan. :)

Aku memang tak tahan dengan belon. Suka sangat!

MCs' of the day, Zahar dan Hajar

With kak Bad



My dear coursemates :)


Saturday 21 March 2015

Last Weekend...

Last Sunday, we went to Putrajaya. Earlier plan sebenarnya nak naik hot air ballon.
Kemain teruja aku nak naik belon. Woahh... Sebab sure la 'macam' awesome kan?

So pada pagi Ahad yg tenang, 15 Mac 2015, 

bertolaklah kami dari UKM Bangi dibawa oleh Mr. Driver, Aizat Mazlan and Aman ke KTM UKM untuk jemput Tot and Ekyn. 
Gila teruja jumpa diorang.

Btw, Afaa dengan Omey tak ikut. :(

Afaa ada kenduri kahwin kena attend. Kenduri sepupu dia.
Omey pun kenduri kahwin juga. Kenduri abang dia.
Untunglah... Huhu...

Sambung balik.

So dari sana kitorang gerak la naik Myvi kuning (nombor plat dirahsiakan) gi Putrajaya. Dalam kereta kitorang melalak macam baru dapat suara after a year! Macam2 lagu diorang bantai nyanyi (even mostly aku tak tahu pun lagu2 tu tapi layan je la Jahh) xD 

Sampai2 Putrajaya, boleh tahan jauh juga tempat tu. Dekat2 dengan JPN rasanya. Turun2 kereta, nampak helikopter je. Belonnya mana??


Belon kat mana? Belon belon kat mana?


Rupa-rupanya belon semua tengah 'rehat' sebab tengah hari rembang tu panasnya ade la 34 darjah celcius (acah2 tahu) so tak boleh la naikkan belon tu. Huhu... Sedih aku (acah2 sedih).


Ok la takpe la. Kita jalan2 cari makan.


Masa kat sana kitorang terjumpa air paling bersejarah masa kitorang belajar kat matrik dlu.

POP THE SODA!
Bahagia tak terkira wuii... Beli sebotol je. Menyesal tak beli dua. T.T

Degree kepanasan Putrajaya pada waktu tengah hari memang kaw2 macam kat Jeddah dah rasanya. 

Yela bangunan besar2 tinggi2, tanah macam dah tak ada, semua dah jadi marble. Pokok pun, alahai... Kalau ada pun sebagai hiasan je. Air pancut tu tak tahulah sejuk atau suam ala2 kolam air panas. Aku pun takde la gatal hulur tangan tadah air pancut. Huhu...

Tengah panas tu, idea tak waras pun datang.

"Jom gerak Alamanda?"
Wahh... Memang mencari aircond dan makanan masa tu. Lapar kut...
Ada je macam gerai2 sempena festival hot air ballons tu tapi panas2.

Then tiba2 datang ayat "Ice skating,"

Ok sah2 la cakap pasal IOI Mall. Confirm!
Jadi tu la final decision kami. IOI Mall.

Kitorang ada satu restoran paling wanted kalau kitorang gathered together.

Sushi King! 
Tapi........... IOI Mall tak ada Sushi King. :(
Sushi Zanmai ada. Zanmai pun Zanmai la. Janji perut aku stop main band rock.

Pengalaman kat Sushi Zanmai... Ok la.pula 

Pada aku Sushi King lagi best and much more customer-friendly.
Sebab kt Sushi King kan order guna tab, sushi bar kat sebelah je. 
Waiter datang escort tempat duduk and hantar bill je.

Kalo Sushi Zanmai, ada sushi bar tapi tempat duduk terhad.

Sedap! Dari segi harga, Sushi Zanmai lagi mahal daripada Sushi King.
So aku syorkan kalau nak yang murah and tak eksklusif, Sushi King paling ok.
Kalau nak eksklusif, memang Sushi Zanmai la tempatnya.
Kalau aku pergi kedai sushi lain, nanti aku buat recommendation lagi ok? 

So aktiviti kitorang diakhiri dengan bowling.

Walawehh... Best gler main bowling. Dah lama tak main kann... 
Huhu. Nikmatilah dua game yang memenatkan but worth it!
Especially tengok Aizat main bowling la. Komedi abad ini kut!
Sakit perut aku gelakkan dia. xD

Punya panjang cerita aku.

Takpe dah sampai ending dah pun. Huhu...
Kitorang balik petang, tak ingat pukul berapa. Pukul 6 something mungkin?
I'd had so much fun with them. Kalau zaman matrik dulu lagi la.
Aku stress-free kut sebab ada diorang. 
Seriously, you guys are the best. Sayang korang. <3

P/S: gambar dalam phone. Nanti baru update ok? *wink






Friday 13 March 2015

Citra Keusahawanan

Accidently jadi CEO.
Like seriously babe? Tak pernah urus benda pasal kreativiti pun sebelum ni.
Ah sudah. Nak reka apa entah?
Input ada la, based on pengalaman masa kat KMS dulu. Boleh tak guna idea dulu?
Dulu buat service. Doraemon's Event. Cam awesome juga la tapi ala kadar je.
Flow kelas usahawan kat UKM ni aku tak sure la macam mana; product kena wujud atau x?
Rasanya memang kena tanya dekat cik abang. Hehe...

Alang-alang dah bercerita pasal presentation masa belajar kat KMS dulu, nak jugalah tayang video yang terhasil masa project tu. Hoho.
Tapi bukan aku yang buat la. Cheq join venture jaa... :3


Sunday 22 February 2015

New Semester!

Semester 2 dah nak mula esok.
Result pun dah keluar. Ok la, 3.xx
Rahsia. Hehe...

Dah selamat sampai kembali ke bumi UKM tengah hari tadi.
Sampai-sampai terus pergi office untuk ambil kunci bilik.
Awal-awal lagi dah kne bahan dengan abang Felo kolej aku; abang Ikhwan.
Dia tanya "Awak tahun 3 ke?"
Aku buat muka pelik la. Aku nampak tua ke apa?
Aku geleng kata baru tahun 1.
Lepas tu dia gelak cakap "Kenapa bulatkan tahun pengajian kat nombor 3?"
Eh?
Ahahahaha! Aiseyy bro. Masa mula-mula masuk UKM hari tu saya nerd sangat la.
Kih kih kih...

So lepas dah habis sign sana sign sini, lepas la ambil kunci bilik.
Sampai kat bilik, tengok-tengok dapat kunci yang susah nk pulas.
Berdiri la aku kat depan pintu bilik tu, sibuk pulas-pulas kunci dengan tombol pintu.
Nasib baik kejap je.

Masuk bilik, kemas-kemas barang.
Eh, lapar pulak.
Turun bawah, tengok-tengok kafe tutup!
Eh parah la macam ni. Dah la aku buat jual mahal kat rumah.
Ada roti canai tak nak makan.
See? Nampak tak effect tolak rezeki tu?

So esok kelas pukul 1-4 petang.
Tapi jadual tak susun betul-betul lagi. Yang mana ada esok cuma 2 kelas lah.
Tak sabar nak tengok slide lecture esok. Eh?

Ps: Lepas ni takkan tolak rezeki lagi. :3