Playlist

Saturday 21 March 2015

Last Weekend...

Last Sunday, we went to Putrajaya. Earlier plan sebenarnya nak naik hot air ballon.
Kemain teruja aku nak naik belon. Woahh... Sebab sure la 'macam' awesome kan?

So pada pagi Ahad yg tenang, 15 Mac 2015, 

bertolaklah kami dari UKM Bangi dibawa oleh Mr. Driver, Aizat Mazlan and Aman ke KTM UKM untuk jemput Tot and Ekyn. 
Gila teruja jumpa diorang.

Btw, Afaa dengan Omey tak ikut. :(

Afaa ada kenduri kahwin kena attend. Kenduri sepupu dia.
Omey pun kenduri kahwin juga. Kenduri abang dia.
Untunglah... Huhu...

Sambung balik.

So dari sana kitorang gerak la naik Myvi kuning (nombor plat dirahsiakan) gi Putrajaya. Dalam kereta kitorang melalak macam baru dapat suara after a year! Macam2 lagu diorang bantai nyanyi (even mostly aku tak tahu pun lagu2 tu tapi layan je la Jahh) xD 

Sampai2 Putrajaya, boleh tahan jauh juga tempat tu. Dekat2 dengan JPN rasanya. Turun2 kereta, nampak helikopter je. Belonnya mana??


Belon kat mana? Belon belon kat mana?


Rupa-rupanya belon semua tengah 'rehat' sebab tengah hari rembang tu panasnya ade la 34 darjah celcius (acah2 tahu) so tak boleh la naikkan belon tu. Huhu... Sedih aku (acah2 sedih).


Ok la takpe la. Kita jalan2 cari makan.


Masa kat sana kitorang terjumpa air paling bersejarah masa kitorang belajar kat matrik dlu.

POP THE SODA!
Bahagia tak terkira wuii... Beli sebotol je. Menyesal tak beli dua. T.T

Degree kepanasan Putrajaya pada waktu tengah hari memang kaw2 macam kat Jeddah dah rasanya. 

Yela bangunan besar2 tinggi2, tanah macam dah tak ada, semua dah jadi marble. Pokok pun, alahai... Kalau ada pun sebagai hiasan je. Air pancut tu tak tahulah sejuk atau suam ala2 kolam air panas. Aku pun takde la gatal hulur tangan tadah air pancut. Huhu...

Tengah panas tu, idea tak waras pun datang.

"Jom gerak Alamanda?"
Wahh... Memang mencari aircond dan makanan masa tu. Lapar kut...
Ada je macam gerai2 sempena festival hot air ballons tu tapi panas2.

Then tiba2 datang ayat "Ice skating,"

Ok sah2 la cakap pasal IOI Mall. Confirm!
Jadi tu la final decision kami. IOI Mall.

Kitorang ada satu restoran paling wanted kalau kitorang gathered together.

Sushi King! 
Tapi........... IOI Mall tak ada Sushi King. :(
Sushi Zanmai ada. Zanmai pun Zanmai la. Janji perut aku stop main band rock.

Pengalaman kat Sushi Zanmai... Ok la.pula 

Pada aku Sushi King lagi best and much more customer-friendly.
Sebab kt Sushi King kan order guna tab, sushi bar kat sebelah je. 
Waiter datang escort tempat duduk and hantar bill je.

Kalo Sushi Zanmai, ada sushi bar tapi tempat duduk terhad.

Sedap! Dari segi harga, Sushi Zanmai lagi mahal daripada Sushi King.
So aku syorkan kalau nak yang murah and tak eksklusif, Sushi King paling ok.
Kalau nak eksklusif, memang Sushi Zanmai la tempatnya.
Kalau aku pergi kedai sushi lain, nanti aku buat recommendation lagi ok? 

So aktiviti kitorang diakhiri dengan bowling.

Walawehh... Best gler main bowling. Dah lama tak main kann... 
Huhu. Nikmatilah dua game yang memenatkan but worth it!
Especially tengok Aizat main bowling la. Komedi abad ini kut!
Sakit perut aku gelakkan dia. xD

Punya panjang cerita aku.

Takpe dah sampai ending dah pun. Huhu...
Kitorang balik petang, tak ingat pukul berapa. Pukul 6 something mungkin?
I'd had so much fun with them. Kalau zaman matrik dulu lagi la.
Aku stress-free kut sebab ada diorang. 
Seriously, you guys are the best. Sayang korang. <3

P/S: gambar dalam phone. Nanti baru update ok? *wink






Friday 13 March 2015

Citra Keusahawanan

Accidently jadi CEO.
Like seriously babe? Tak pernah urus benda pasal kreativiti pun sebelum ni.
Ah sudah. Nak reka apa entah?
Input ada la, based on pengalaman masa kat KMS dulu. Boleh tak guna idea dulu?
Dulu buat service. Doraemon's Event. Cam awesome juga la tapi ala kadar je.
Flow kelas usahawan kat UKM ni aku tak sure la macam mana; product kena wujud atau x?
Rasanya memang kena tanya dekat cik abang. Hehe...

Alang-alang dah bercerita pasal presentation masa belajar kat KMS dulu, nak jugalah tayang video yang terhasil masa project tu. Hoho.
Tapi bukan aku yang buat la. Cheq join venture jaa... :3