Playlist

Wednesday 6 May 2015

Matriculation!

Hey guys!
Seperti yang diketahui, those yang habis SPM tahun lepas dah dapat both result Matrikulasi and UPU.
Congratulations adik-adik yang dapat tawaran, tak kira sama ada matrikulasi, kolej atau universiti; asasi or diploma.
Kepada yang tak berjaya, it's ok banyak lagi peluang dalam hidup.

You're still young.
Grab everything, every possible experience that you could.
Still banyak perkara yang actually worth fighting for. :)

Ok fokus untuk blog hari ni sebenarnya lebih kepada peristiwa yang adik aku tgh hadap.
Dia pun baru dapat tawaran; both matrikulasi dan UPU.
Ye, adik aku adalah sangat bijak bestari, tak macam Along dia ni.
Haha... xD

Tawaran yang dia dapat;
Kolej Matrikulasi Selangor dan Asasi UKM.
Phewww...

Dia ada mintak nasihat pada aku yang makan garam pun tak berapa banyak lagi, just pengalaman di IPT tu ada.
So aku sebagai kakak sebenarnya confuse juga nak jawab apa.
Sebab kalau ikut ego aku sebagai kakak, aku nak dia masuk UKM; actually aku and adik aku ni memang rapat gila2.
Tapi kalau untuk kebaikan dia, aku prefer matrikulasi, degree nanti baru daftar UKM kalau dia nak. :D

Nak tahu kenapa Matrikulasi?
Haa meh dengar pengalaman dari alumni Kolej Matrikulasi Selangor sendiri (aku lah tu xD)

Matrikulasi pada aku like half school, half university.
Diploma and asasi, korang memang kat universiti dah. xD

Untuk adik-adik yang selama ni sekolah harian je; tak pernah pergi boarding school, akak cadangkan korang pilih matrikulasi.

Dekat matrikulasi, korang akan slowly belajar serba sedikit macam mana kehidupan korang sebagai mahasiswa mahasiswi IPT.
Dan masa belajar pun singkat, setahun je, paling lama dua tahun untuk PDT.

Paling penting, kita boleh latih diri kita daripada terkena kejutan budaya.
Seriously adik2, korang jangan pandang rendah dengan kejutan budaya. Huhuhu...
Kejutan budaya ni sangat hebat effect dia.

Secara peribadi, hidup akak di Kolej Matrikulasi Selangor adalah sangat berbahagia.
Super-duper bahagia.
Kat sana juga akak jumpa true friends dan akak jumpa love juga kat sana (jangan tiru aksi ini).

Dalam matrikulasi ada 3 major courses; Program Sains Setahun (PST), Program Sains Dua Tahun (PDT), dan perakaunan.
Akak dulu PDT, batch 2012/2014.

Hidup kat sana adalah sangat teratur, pensyarah yang bagus macam kawan2 dengan kita, dewan kuliah yang sejuk ada aircond, dan kawan2 yang awesome.
Masa duit elaun masuk, ramai orang beratur kat ATM.
Sebulan sekali sekurang-kurangnya baru dapat makanan yang sedap2. Hihi...

Ada 5 kolej kediaman dalam KMS.
Blok perempuan: Blok Mira, Polaris, Vega.
Blog lelaki: Canopus dan Capella
Dulu akak tinggal di blok Mira.

Then, di matrikulasi dulu ada aktiviti movie night.
Hujung minggu; Jumaat Sabtu kitorang sleepover dekat bilik kawan then tengok movie ramai2.
Kalau yang jenis gamers atau otaku tu pun, korang akan jumpa ramai geng yang sekepala.

Petang2 je ramai students yang turun bersukan di kawasan astaka.
Meriah sangat petang2 di KMS.
Ada yang joging, main bola tampar, bola sepak, tenis, macam2 sukan lagi lah. :D

Kalau rajin sikit, boleh pergi outing di pekan Banting beli barang di Econsave atau The Store (TS Banting).
Kalau rasa nak joli tengok wayang, pergi AEON Bukit Tinggi; ni tempat famous dlm kalangan pelajar KMS, especially lepas dapat baucar buku + elaun.

Paling penting, matrikulasi dah mengajar akak tentang hidup dan macam2 pengalaman yang takkan akak dan kawan2 akak lupa seumur hidup.
It is he best damn place in our lives.

Maybe korang akan fikir hidup semasa di matrik tu adalah sangat2 menyeksakan.
Tutor banyak, lecture lagi, lab report lagi.
Tapi once korang dah habis, maybe korang berharap untuk masuk dan ulang hidup korang kat sana, buat perkara yang korang tak sempat buat. :)

Tu jelah serba sedikit pasal matrikulasi yang akak boleh share.
Akak tak boleh cerita pasal asasi and diploma sebab akak tak ada pengalaman tu.
Huhu... Maaf kalau ada terkurang terlebih.

My last words untuk blog hari ni:
All the best untuk semua yang bakal menyambung pelajaran nanti.
May Allah ease, in sha Allah...

Ps: kat bawah semua gambar zaman muda. Hoho...

My roommates in 2012/2013. Blok Mira, bilik T1.14

Centre of KMS: Dataran Kosmik

Yang belakang tu Makmal Sains

Yang kt sebelah tu Ain Natrah yang masih muda xD