Playlist

Monday 3 October 2016

MyKAS Rembau, Negeri Sembilan (Day 1)

Back after a week (I guess).
So sekarang nak update pasal aktiviti MyKAS pada 27 September 2016 di Rembau, Negeri Sembilan untuk day 1 masa mula-mula kitorang sampai.

MyKAS ni sebenarnya Program Kesedaran Kelestarian Alam Sekitar.
Program ni bertujuan untuk mendedahkan kepentingan melestarikan alam sekitar kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah (ayat skema).

Tak ingat berapa banyak sekolah yang hadir (huhuhu) tapi yang pasti fasilitator masa tu lebih kurang 44 orang; 24 fasi sekolah menengah, 20 orang fasi sekolah rendah.
Seorang fasi dapat dlm 10 orang anak buah.
In this case, aku fasi sekolah menengah group M3.
Semua ahli daripada SMKA Dato' Hj Abu Hassan Hj Sail (pernah dikenali sebagai SMKA Pedas) atau nama pendeknya SeMADAH kata budak-budak tu. Huhu...

So anak-anak buah aku as mentioned before ada 10 orang; semua perempuan.
At first I was like, woah. Takut-takut juga aku.
Nervous gila kut sebab sebenarnya aku first time jadi fasi (Ehehe) tapi sampai habis program, diorang impress aku gila-gila. Nanti kemudian aku cerita.

Aku nak story psl first day masa mula-mula sampai Rembau dulu.
So, bas sampai Dewan Seri Rembau dalam pukul 4 macam tu.
Sampai-sampai je semua tolong susun meja-meja untuk pameran sikit-sikit lepas tu terus pergi dorm untuk tidur malam tu.
Lepas dah sampai dorm, siap-siap mandi, solat maghrib, makan, solat isyak then terus pergi dewan balik untuk sambung persiapan, taklimat fasi and so on.
So far sebenarnya tak banyak pun kerja menghias ni sebab barang-barang pameran masa tu dah siap susun so tinggal siapkan photobooth kasi comel sikit and faham tugas and aktiviti kumpulan untuk pagi esok.

So ni gambar-gambar masa Day 1. Hehe...


Setup untuk photobooth MyKAS


Dearest classmates.
Dari kiri: Tyra, Kimi, Tim.


Yang kat bawah ni pula daripada meja pameran hari kejadian.










That moment bila kawan kau photobomb gambar kau dengan monyet. Hahahaha!
Meet Najwa Husna :D


*Next, yang ni pula gambar hasil kraftangan daripada bahan kitar semula.* 





Kraf menggunakan batang aiskrim.

Masa tengah bosan sangat.
Dari kiri: Afi, Intan, Najwa, Mimi, Shira, Fifah, diri sendiri.

Hasil kraf menggunakan kertas.


*Last sekali, ni poster MyKas 2016.*




That's all for Day 1. 
Next post, Day 2 aka hari kejadian. :)



Saturday 24 September 2016

I'm Backkkkkk!!!

I'm back. Hehe.
Dah lama tak update blog. Sem lepas busy yang amat then terlupa nak update apa-apa kat dalam ni.

Sekarang dah 3rd year, lagi 2 sem je untuk grad.
So officially tengah busy dengan final year project aka FYP yang maha dahsyat dan menakutkan (tajuk FYP dirahsiakan. Hehe).
Tarikh bentang proposal tak fix lagi tapi for sure dalam sem ni.
Lab analysis pun tak mula lagi, ya Allah hectic sangat sem ni.

Hectic la macam mana pun, esok ada plan untuk pergi Seoul Garden.
Wihuuuu... Dah lama teringin nak pergi. Akhirnya masa untuk makan korean buffet dah tiba. ^^
Esok plan pergi dengan si Tot and adik. Since kitorang je yang free. Ok la tu. Hehe.

Plan nak pergi Seoul Garden kat The Mines since kat situ paling dekat and boleh pergi naik KTM je. Yay!!

Hari Isnin (lusa) kena pergi Negeri Sembilan sebab ada program myKas. Jadi volunteer as Fasilitator. First time kut jadi fasi (drumroll).
Nervous juga tapi takpe demi pengalaman dan gred Citra. Huhuhuhu.
Harap ada la masa untuk bagi updates pasal Seoul Garden and program myKas tu.

Last sekali, doakan FYP saya berjalan lancar. Huhu... (love kecik).