Playlist

Thursday 5 November 2015

Fieldwork to Kuantan; AGAIN

Welcome to Taman Agroteknologi, MARDI Cherating

Sem ni pun fieldwork di Kuantan, sama macam sem 1 first year dulu.
3 hari 2 malam, 23-25hb Oktober 2015.
Tinggal kt hotel yang sama, TAPI hotel tu dah upgrade compared to the last time I went there.
Dulu xde astro, sekarang dah ada. Dulu tak ada wifi, sekarang dah ade bruh.

Bilik memang kaw-kaw selesa. Ada air panas, aircond, bla bla bla.
Ok tu cerita bosan. Huhu.

Fieldwork kali ni, kami pergi MARDI Cherating; untuk tengok jenis-jenis tanah yang ada. Nak tengok tanah bukan senang. Bukan main sauk-sauk je. Kena gali tanah, baru dapat tengok 'Soil Horizon'. Nak describe pasal tanah, tapi panjang cerita dia so next post, maybe?

My lecturer, Prof. Sahibin.
 Satu hari tu duk berjalan sambil tengok tanah. Penat memang kaw-kaw, tak sabar aje nk balik hotel. Seronok juga ada pengalaman duduk tepi jalan gali tanah. Orang lalu-lalang memang pandang pelik je kat kitorang, like apahal la budak-budak ni duk menggali dari tadi. Hohoho.
Admit it, semua pun first time angkat cangkul hari tu. Ahaks!

Life as environmentalist is awesome, believe me.
Buat benda pelik-pelik yang orang tak buat, tapi kita tahu lebih sikit berbanding dengan orang biasa. Hew hew hew...

Sebelum terlupa, nak share sikit gambar masa otw ke MARDI.
Bas kitorang lalu area yang ada lori-lori bauksit. Kawasan tu warna merah.
Tanah, jalan, divider, semua merah & berdebu.
Turun dari bas, tengok badan bas dah warna merah.
Pada aku, masalah ni agak serius. Ok, I'm not qualified to talk about this tapi kesan-kesan pada kawasan sekeliling nampak jelas sangat. Takkan nak tutup mata je?

Tadaaaa. Baru lalu kawasan lori tu, dah merah mcm ni.
Bayangkan kalau hari-hari duk sedut debu merah ni.

Finally, here's some pictures yang sempat tangkap sepanjang fieldwork.
I'm still improving my photographing skills. Need adjustment lagi.

Hasil gali tanah yang pertama (1 meter)

Sungai dia cantik! Rasa nak terjun mandi :3


Meet my classmate, Fazahar Md Noor.



Kambing MARDI, pemalu sangat.
Nampak kamera terus berebut masuk kandang.


Model of the day, Tim Matheson and Raihan Adnan